Tuesday, September 23, 2014

Pengurusan Tanaman Nanas





PENYEDIAAN KAWASAN
Ada perbezaan perlaksanaan di antara kawasan tanah gambut dan tanah mineral.
Tanah Gambut.

Saliran
  1. Saliran berupa peparitan perlu dibina dahulu bagi menurunkan paras air yang sememangnya keadaan tanah gambut di Malaysia selalunya menakung air.

Jenis ParitUkuran
Utama1.5x1.2x1.2
Kedua1.2x0.9x0.9
Ladang0.9x0.9x0.6

  
2.Saliran yang berlebihan pula akan mempercepatkan proses kesusutan mengakibatkan tanah kekeringan berterusan. Pertumbuhan pokok akan terganggu.

Menebang dan Pembersihan  Kawasan
 1.Dilakukan dalam musim panas, 3-4 bulan kemudian kayu akan kering.

Pembinaan Jalan & Lorong1. Kayu-kayu besar dipotong 5m panjang, disusun melintang di atas jalan-jalan cadangan sebagai pelapik penyokong. Batu-batu laterit dimampatkan setebal 10-20cm melapisi atasnya.
2. Lorong-lorong dibina daripada lapisan laterit setebal 10-20 cm dan selebar 3-4m.


PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN
1.Pokok nenas boleh ditanam daripada bahagian tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah.
Pemilihan Benih
Pilih benih dari pokok induk yang mempunyai ciri-ciri berikut:-

1.pokok sihat dan subur
2.berbuah besar
3. bertangkai pendek dan tegap
4.berjambul tunggal
 Pemilihan akan meningkatkan hasil 10-15%

Pengambilan Benih
Kutip benih setelah mencapai saiz 30-60 cm (1'-2') panjang iaitu lingkungan dari tarikh memetik.

Pengkelasan Benih
Asingkan benih mengikut saiz berikut:
Kecil30cm(1')
Sedang45cm(1.5')
Besar60cm(2')


Penyimpanan Benih

Apabila perlu disimpan sebelum ditanam, langkah penyimpanan perlu dituruti bagi mengelakkan kerosakan dan musnah.
1.Benih disusun selapis dengan kedudukan bahagian pangkal diterbalikkan ke atas.
2.Disimpan di tempat yang bernaung.
3.Pastikan penyimpanan tidak melebihi 1 bulan.

Rawatan Benih
Jika diperlukan pembasmian serangga atau kulat, benih dicelupkan ke dalam larutan racun serangga atau kulat.

Racun serangga      :      24ml Malathion + 18l(4gelen) air
Racun kulat            :     Bancuhan Benlate 75C


PENANAMAN
Sistem penanaman tunggal atau campuran (kontan) banyak bergantung kepada faktor-faktor ekonomi dan persekitaran.

Setiap sistem disyorkan penanaman dalam susunan barisan kembar dua.

Kepadatan Tanaman
Kepadatan tanaman bergantung kepada objektif perlaksanaan projek, jenis baka dan sistem penanaman.

Pada umumnya, kepadatan tanaman tunggal bagi setiap baka ialah 43,500 pokok/ha atau 17,424 pokok/ek dengan jarak tanaman 90cm x 60cm x 30cm(3'x2'x1')

Tanaman kepadatan tinggi, > pokok/ha (20,000pokok/ek) memenuhi keperluan peningkatan hasil.

Kaedah Menanam

Kayu pancang berentangkan tali atau dawai digunakan sebgai penanda barisan. Tali atau dawai itu berbubuh tanda bagi pengukuran jarak tanaman sepanjang barisan.

Kayu tugal ditugalkan untuk membina lubang tanaman sepanjang rentangan tali. Kedalaman lubang 10-15cm(4-6 inci) adalah disesuaikan dengan saiz benih 30-60cm (1'-2')panjang.

Tanam sulur bersaiz sama di petak yang sama. Satu sulur untukl satu lubang, tanah disekelilingnya dipijak agar sulur berdiri tegak.

Musim Menanam
Keluasan kecil-penanaman pada musim lembab.
Keluasan besar-penanaman pada sepanjang tahun.


PENGAWALAN RUMPAI
Pengawalan Rumpai

Beberapa ciri tanah gambut di Malaysia menggalakkan pertumbuhan rumpai tertentu.
1. Kebolehan menakung air yang tinggi
2. Aras air tinggi
3. Purata taburan hujan yang tinggi
4. Kandungan organik yang tinggi dan pH rendah sesuai kepada spesies rumpai tertentu.

Kaedah Pengawalan Amalan kultur:
Pengawalan rumpai secara menggunakan tangan, mencabut, memotong, menajak dan sungkupan.

Cara Kimia :
Racun herba yang berbagai jenama memerlukan pemilihan yang sesuai dengan langkah kawalan yang diambil.

Pengawalan Rumpai Sebelum Tanaman
1. Paraquat 50-100ml/18 liter air untuk memusnahkan rumput rencam.
2. Glyphosate 80-100ml liter air untuk lalang. Jika perlu diulang lagi 4-6 minggu kemudian.

Pengawalan Rumpai Sebelum Tanam
Guna racun rumpai pracambah dan disemburkan merata di permukaan tanah.

   
Jenama
Racun
Kadar 18l
air
Pusingan/
Tanaman
Tempoh
Kawalan(bln)
KROVAR 1120g2kali4-6
GESAPAX
COMBI 80
120g3-4kali1 1/2-3
DIRAN,
DIURON,
KARMEX,
KIMEX
120g3-4kali1 1/2-3

Beberapa minggu selepas disembur, terdapat beberapa rumpai tumbuh. Oleh itu, merumput perlulah dijalankan sebelum rumpai berbunga atau mengeluarkan buah/biji benih.


PEMBAJAAN
Satu formulasi am bajaan, jadual dan kadar pembajaan untuk tanaman nanas di atas tanah gambut telah ditentukan.

Formulasi Pembajaan Semburan
       
NutrienBerat/ekarisipadu air
18l(4gel)225/(50gel)
BS-1Kapur Terhidrat24kg640g8kg
Zink Sulfat1.5kg42g500g
Kuprum Sulfat1.5kg42g500g
 Ferum Sulfat0.75kg21g250g
BS-2Semua nutrien BS-1 di atas dan Urea24kg640g8kg


Formulasi Pembajaan Tabur

1. Baja campuran nanas (BCN) berunsur NPK dalam nisbah 30 : 1 : 32 adalah sesuai untuk tanaman nanas berbagai kultivar di atas gambut.
2. Keperluan BCN oleh pokok setiap kali pembajaan ialah 14g/pokok.
3. Sepusingan hayat, tanaman nanas BCN diperlukan sebanyak 42g/pokok.
NutrienBerat 100kgBCN%
Ammonium Sulfat(SA)72kg72
Christmas Island Rock  
Phosphate(CIRP)1kg1
Muriate of Potash(MOP)27kg27


ARUHAN PEMBUNGAAN (Menghormon)
Pokok nanas dalam keadaan biasa mengalami pembungaan sendiri pada 12-18 bulan selepas ditanam.

Beberapa faktor alam sekitar seperti suhu, jangka masa siang hari dan banyaknya sinaran matahari mampu merangsang pengaruhan bunga semula jadi.

Kadar pertumbuhan tampang yang cepat kesan rangsangan pembajaan nitrogen yang berlebihan, pengairan atau hujan akan menghalang pembungaan.

Nanas merupakan tanaman yang peka terhadap bahan-bahan kimia pengawalatur pertumbuhan.

Penggunaan Hormon Pembungaan

Pil NAA
1. 1 biji/pokok
2. Dimasukkan tepat ke dalam pucuk nanas.

Cecair NAA (Planofix)
1. 4.5ml Planofix / 18 l air
2. 50 ml larutan disembur atau dituangkan ke tengah-tengah setiap pokok.

Ethephon (Etherel)
1. 30 ml ETHEREL + 180 g Urea + 18 l air
 2. 40-50 ml larutan setiap pokok. Sembur atau dituangkan ke tengah-tengah pucuk atau semburkan seluruh pokok.

Asetilena (Kalsium Karbaid)
1. 200g Kalsium Karbaid + 18 l air.
2. 50 ml larutan sepokok. Disemburkan atau dituangkan ke tengah-tengah pucuk pokok.

Masa Aruhan1. Waktu malam adalah masa paling berkesan pengaruhan.
2. Mengikut kesesuaian ialah awal pagi dan lewat petang.

Ciri Kesesuaian Pokok1. Pokok yang sihat dan subur
2. Mempunyai 35-40 daun segar dan berfungsi
3. 1 bulan selepas pembajaan.

Kejayaan aruhan pembangunan dinilai melalui peratus pembangunan yang terjadi selepas 45 - 60 hari aruhan diberikan.

Pengiraan peratus pembangunan dilakukan apabila pucuk pokok nanas telah mengeluarkan permulaan bunga berwarna merah.


MANIPULASI SAIZ BUAH
2-(3chlorophenoxy) propionic acid atau ringkasnya CPA (3-CP) ialah sejenis kimia hormon untuk mengaruh pertumbuhan buah khusus untuk kv.gandul. Contoh hormon ini dalam pasaran ialah FRUITONE CPA.

Tujuan Penggunaan
1. Meningkatkan saiz buah.
2. Membantutkan tumbesaran jambul lantas menggiatkan tumbesaran buah.
3. Mengeraskan kulit buah bagi mengelakkan kecederaan semasa punggah dan angkut ke kilang.
4. Memampatkan isi nanas untuk ketahanan daripada kecederaan.


Kadar Penggunaan
1. 1 ml CPA (3-CP) + 1 liter air
2. 50 ml larutan setiap biji dengan menyemburkan keseluruhan bahagian buah sewaktu bunga-bunga telah habis layu.


PENUAIAN
Pada umumnya buah nanas akan mula boleh dituai apabila buah-buah tersebut masak dengan memperlihatkan ciri-ciri kemasakan terutama warna kulitnya.
Indeks Kematangan
Indeks kematangan ialah satu petunjuk yang merujuk kepada perubahan warna kulit yang turut sama merubah ciri dalaman isi buah dan paras kandungan gula asid.
Indeks Kematangan(Nanas Gandul)
  1. Warna kelopak mata (baktea) bertukar daripada kemerah-merahan kepada putih layu.
  2. Warna bebuah (fruitlet) berubah daripada kemerah-merahan kepada perang kehitaman.
  3. Diantara 146-152 hari selepas tarikh aruhan pembungaan.
Penuaian yang lewat akan menjejaskan mutu buah. Apabila 25% bebuah berwarna kuning isi buah telah mulai fermen dan tidak lagi sesuai untuk kalengan.
Indeks Kematangan Pelbagai Kultivar Nanas Segar.

Perihal
Sarawak/N36
Josapine
Moris
Buah Muda
Warna Kulit
Warna Isi Buah

Hijau Tua
Putih   

Hijau pucat
Kuning Pucat

Hijau
Kuning Pucat
 Buah Masak: Kematangan awal
Kulit bahagian pangkal buah.   
Celah buah       
   Isi buah      

Kuning

Kuning Pucat

  Kuning

Kuning

Kuning
Hijau Muda
Kuning
 Kematangan Meningkat
Pertukaran warna kulit meluas ke hujung buah
Isi buah

Kuning
Kuning


Kuning
Kuning Keemasan


Kuning
Kuning Keemasan
 Kematangan Akhir
Warna Kulit
Celah Bebuah
Isi buah

Jingga
Kuning Merah
Lebih Kuning

Kuning seluruh

Keemasan

Kuning seluruh

 Keemasan




Sumber Dari : http://www.mpib.gov.my

1 comment:

  1. Hi! Are you looking for Super Save Energy Systems, LED is one of your choices. A list of supports is available from http://www.itoshi.com.my 


    Alternatively send related inquiries about Solar Inverter Power Supply products to 

    Mr Danny Hing 012-9619134. 


    Please land your full support to our community. 


    Thank you.��������

    ReplyDelete