Tuesday, September 23, 2014

Penternakan Udang Galah

1.Pengenalan




Udang Galah. Nama saintifik: Macrobrachium rosenbergii

Habitat aslinya di Sungai dan Tasik. Membiak di air yang berkemasinan 6 – 12ppt.

Jantan boleh mencapai saiz sehingga 35sm manakala betina separuh daripada saiz jantan.

Laporan Jabatan Perikanan Malaysia 2009 menunjukkan pengeluaran udang galah Malaysia pada
tahun 2007 adalah sebanyak 246 metrik tan bernilai RM6.645 juta (borong) dan RM8.026 juta (runcit).

Harga Borong mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

a) Negeri Sembilan RM27 /Kg h) Kelantan RM19 /Kg

b) Perak RM28 /Kg         i) Melaka RM30 /Kg

c) Pahang RM34 /Kg         j) Pulau Pinang RM32 /Kg

d) Kedah RM28 /Kg        k) Perlis ?

) Terengganu RM22 /Kg l) Sarawak ?

f) Selangor RM21 /Kg        m) Sabah ?

g) Johor RM26 /Kg

Harga Runcit mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

a) Negeri Sembilan RM33 /Kg h) Kelantan 26 /Kg

b) Perak RM34 /Kg         i) Melaka 35 /Kg

c) Pahang RM39 /Kg        j) Pulau Pinang 41 /Kg

d) Kedah RM34 /Kg       k) Perlis ?

e) Terengganu RM29 /Kg l) Sarawak ?

f) Selangor RM26 /Kg        m) Sabah ?

g) Johor RM30 /Kg

Berdasarkan maklumat di atas, para pengusaha ternakan udang galah di Sabah boleh memilih
pasaran yang boleh memberikan pulangan terbaik dalam urusniaga.


2. Kaedah Penternakan

Tiga (3) kaedah penternakan boleh dipertimbangkan:-

i.   Menternak dalam kolam
     Pelbagai jenis kolam – berbentuk empat persegi sama. Empat persegi panjang, bulat dan
     bentuk tidak menentu.

ii.  Menternak dalam kandang
     Menggunakan sejenis jaring plastik yang dikenali sebagai Netlon, tiang tahan reput
     dan tali PE, pengusaha boleh membuat kandang di kawasan yang sesuai untuk ternakan udang
     galah.

iii. Menternak dalam tangki
     Kos pembinaan yang lebih mahal.





3. Pemilihan Tapak

i.   Tapak tanah harus rata atau landai, kandungan tanah liat yang lebih tinggi untuk menampung
     air. Kandungan pasir yang tinggi tidak boleh menampung air kecuali dilapisi dengan tanah liat
     atau kanvas.

ii.  Sumber air yang banyak, tidak tercemar, dan sentiasa ada sepanjang tahun.

iii. Tapak tanah harus dapat dihubungi dengan kenderaan bagi memudahkan mengangkut masuk
      keperluan projek dan mengangkut keluar hasil.

iv.  Projek haruslah jauh dari penempatan manusia bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
      berlaku.


4. Rekabentuk

i.   Kolam boleh dalam bentuk empat persegi sama, empat persegi panjang, bulat atau iregular.
     Bagaimanapun dasar kolam harus mencuram ke arah pintu kolam supaya kolam dapat dikeringkan      dan penyediaan kolam dapat dilakukan dengan lancar.

ii.  Keluasan kolam diantara 1,000m2 (20m x 50m) hingga 1,200m2 (30m x 40m). Saiz kecil ini
     mudah dikendalikan dengan tenaga kerja yang kecil. Kedalaman kolam lebih kurang 1meter
     tetapi kedalaman air dalam kolam lebih kurang 80 cm.


5. Susunatur

Pengusaha harus bijaksana menyusunatur agar:

i.   Tapak tanah dapat digunakan secara optima.

ii.  Air dari satu kolam tidak masuk ke kolam yang lain bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

iii. Pintu air masuk bertentangan dengan pintu air keluar. Air yang keluar tidak masuk semula
      ke dalam kolam.

iv.  Memudahkan kerja-kerja memberi makan ternakan


6. Pembinaan

i.   Kolam harus dibina sedemikian rupa sehingga kolam dapat dikeringkan setelah semua hasil
     ternakan dituai. Dengan cara ini kolam mudah disediakan untuk menerima bekalan benih baru.

ii.  Permatang (bund) kolam mestilah diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan
     bagi mengelakkan runtuh.

iii. Pastikan pembinaan permatang tersebut tidak menyebabkan peresapan keluar air.


7. Penyediaan Kolam

Penyediaan kolam perlu dilakukan dengan rapi sebelum
benih ternakan dilepaskan ke dalam kolam. Langkah-langkah berikut perlulah diberi penekanan.

i.   Bagi kolam baru, basuh tapak kolam dua tiga kali dengan cara mengisi kolam dengan air
     sehingga penuh, biarkan selama seminggu dan lepaskan keluar.

ii.  Keringkan dasar kolam di bawah matahari yang terik delama 2 minggu.

iii. Taburkan kapur dan biarkan kering selama seminggu lagi.

iv.  Masukkan air sehingga seperempat kedalaman kolam.

v.   Masukkan baja organik. Biarkan sehingga kelihatan air menjadi warna kehijauan.

vi.  Tambah air sehingga ¾ kedalaman kolam. Biarkan selama 5 hari atau sehingga air kelihatan
       kehijauan. Pada ketika ini, makanan asli udang sudah tersedia dalam kolam.

vii. Masukkan benih udang pada kadar 10-15 ekor /m2. Ini bermakna, sebuah kolam dengan keluasan      1,000m2 -1,200m2 boleh menampung 15,000 ekor – 18,000 ekor atau 60,000 ekor udang.
     Penternakan boleh dilakukan 2- 3 kali setahun.


8. Peralatan

i.   Alat ukur pH air
     Jika pH air lebih rendah daripada 6, bemakna air kolam adalah asidik dan perlu diberi kapur.
     Air yang asidik menyebabkan pertumbuhan udang terganggu. Kulit udang menjadi lembut dan
     mudah   cedera atau diserang penyakit.


ii.  Alat ukur oksigen terlarut dalam air jika bacaan oksigen terlarut dalam air lebih rendah
     daripada 5, alirkan air baru kedalam kolam dengan lebih banyak. Pada bacaan oksigen terlarut
     kurang daripada 3, udang mula timbul dan akan mati.

iii. Alat ukur suhu air
     Suhu air terlalu sejuk kurang daripada 20oC menyebabkan udang tidak cergas makan dan
      melebihi 35oC menyebabkan kematian. Dalam mana-mana keadaan yang mengancam keselesaan      hidup udang, masukkan air baru.


9. Mutu Air

i.   Air tawar atau payau di bawah 5ppt

ii.  Suhu air di antara 25oC hingga 34oC

iii. Subur, warna kehijau-hijauan

iv.  Tidak dicemari dengan bahan kimia atau minyak

v.   Bebas dari bakteria, virus dan parasit.


10. Benih

i.   Kenali pembekal (boleh menjamin bekalan)

ii.  Pilih benih yang cergas dan tidak berpenyakit

iii. Dapatkan sebutharga dari pembekal. Biasanya harga benih yang berumur seminggu lebih murah
     daripada dua atau tiga minggu.


11. Makanan

Dua jenis makanan:-

i.   Makanan semula jadi – hidupan seni hasil dari penyediaan kolam yang rapi.

ii.  Makanan tambahan

a)   Makanan berumus yang diperolehi dari pembekal

b)   Buatan sendiri – campuran pelbagai jenis bijirin seperi dedak padi, kacang dan sebagainya.

12. Musuh Ternakan

i.   Pelbagi jenis burung air seperti raja udang,bangau.

ii.  Binatang air seperti memerang, biawak

iii. Ikan pemangsa seperti keli, betuk, tilapia

iv. Manusia


13.  Penyakit dan Rawatan

i.   Penyakit yang disebabkan oleh bakteria

ii.  Penyakit yang disebabkan oleh virus

iii. Penyakit yang disebabkan oleh parasit

iv.  Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam. Jika berlaku serangan penyakit,
     sila berhubung dengan pegawai perikanan terdekat.


14. Menuai Hasil

Pelbagai cara menuai, bergantung kepada keperluan

i.   Jala – sesuai untuk kuantiti permintaan sederhana sehingga 500Kg

ii.  Selambau – kuantiti permintaan 1- 2 tan

iii. Bubu – kuantiti kecil, terpilih dan hidup.

iv.  Keringkan kolam – tuai sekali gus.Kecuali tuaian udang untuk jualan hidup,
     semua udang sebaik dituai dengan segera hendaklah direndam dalam air berais
     sebelum dipek atau disimpan dalam tong berais. Tujuan – mengekalkan kualiti
     terbaik udang. Tanpa ais, sebaik saja udang mati, proses pereputan bermula.
     Proses pereputan berlaku lebih cepat di bawah suhu yang tinggi. Kadar pereputan
     dibawah suhu kurang 5oC lebih rendah. Kualiti udang bertahan lama di bawah suhu 0oC.


15. Pembungkusan

i.  Peti plastik berinsulasi - sesuai untuk jualan borong.

ii. Bungkusan kecil dengan lebel berat dan harga – unuk jualan runcit.


16. Pemasaran

Strategi pemasaran: Kenalpasti pelanggan dan jumlah permintaan. Senarai pelanggan sentiasa
kemaskini. Komunikasi yang berterusan menjamin kesetiaan pelanggan.Hasil ternakan boleh dijual
terus kepada pengguna atau melalui orang tengah. Bagi memelihara harga yang termampu oleh
pengguna, jualan terus kepada pengguna dengan harga yang kompitetif adalah disyorkan.
Beberapa pendekatan bagi memasarkan hasil ternakan berikut perlu diberi perhatian teliti:

i.   Tamu – setiap hari ada tamu terbuka dipelbagi pekan di seluruh Sabah.

ii.  Pasar ikan di bandar dan pekan.

iii. Gerai-gerai tepi jalan.

iv.  Restoran / Kedai makan

v.   Jualan langsung rumah ke rumah

vi.  Kilang pemprosesan

vii. Eksport


17. Penyelenggaraan Kolam

i.   Tebing kolam harus diperbiki jika terdapat tanda-tanda runtuh.

ii.  Pintu air keluar harus diperiksa dari segi kebocoran.

iii. Lumpur najis ternakan harus dikeluarkan dan dibersihkan.

iv.  Semak dan rumput di bersihkan.

v.   Parit




Sumber Dari : http://www.sabah.gov.my

24 comments:

  1. Assalamualaium....saya bob dr puteri cafe....Bagaimana saya nk dpt bekalan udang galah.....saya baru belajar berniaga di yong peng....klu boleh Bantu saya...sila call 0174841106....

    ReplyDelete
  2. Sy nk mulakan bisnes ternak udang. Bagaimana cara2 utk permulaan. Boleh whatsapp sy 01129999359 atau call 0127777032 tq.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum tuan..saya baru bercadang nk berjinak2 dengan ternakan udang galah..bagaimana cara nk memulakan. kaedah mana yang terbaik samada kolam atau guna tangki..018-2973345 tq

    ReplyDelete
  4. Salam...saya baru nak mula ternak udang galah, tapi mengunakan kolam kanvas...boleh bagi nasihat..

    ReplyDelete
  5. Salam tuan..
    Saya baru nk mulakan ternakan udang galah dalam tangki..
    Macamna nk buat penyediaan awal
    Tlg bagi khidmat nasihat dr tuan..
    0139835779

    ReplyDelete
  6. Salam tuan..
    Saya baru nk mulakan ternakan udang galah dalam tangki..
    Macamna nk buat penyediaan awal
    Tlg bagi khidmat nasihat dr tuan..
    0139835779

    ReplyDelete
  7. Salam, tuan Ismail. Saya memiliki 'food protein' bagi ternakan udang yang agak banyak. Kami mempunyai business ternakan udang yang telah ditutup di Thailand jadi banyak makanan-makanan dan supplement yang berlebihan ingin kami jaul dengan harga murah. Jika Tuan Ismail mengetahui sesiapa yang berminat, harap dapat contact saya di saf_meela@hotmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Saya nak beli udang untuk jual.ada ke?

    ReplyDelete
  9. Salam
    Sy pembekal benih udang galah,lokasi di sitiawan perak 0164002280

    ReplyDelete
  10. Saya nak cari udang hidup. Any recommendations ka? Blh contact 0138050680. Area Sarawak.

    ReplyDelete
  11. Says nak cari udang galah hidup.
    Template saya rawang Selangor
    0182883766

    ReplyDelete
  12. saya bminat nak ternak udang galah..kalau ternak dlam tong je dapat ke..mnta bantuan..plu pkai air ape.ph mcam mana umpan mcam mana

    ReplyDelete
  13. kalau bela 2-3 ekor boleh lah bang. kalau bela sampai lebih 100 ekor kene bela kat kolam. udang galah ni jenis kanibal kalau terlalu padat nanti dia makan sesama jenis n cepat mati. air lak kene sentiasa bersih. baik abg bela ikan keli kalau bela dalam tong.

    ReplyDelete
  14. Slm...saya nak belajar cara menternak udng dgn lebih mdlm...saya baru bercadang utk menternak udg...blh tunjuk ajar serba sedikit...0168373710

    ReplyDelete
  15. Cari udang galah HIDUP untuk kedai makan area JB

    2-4/kg
    6-8/kg
    11-13/kg

    Kalau ada sila hubung call atau whatapps saya +60174527992

    ReplyDelete
  16. Sya ada jual benih udang galah
    Waspp:0198930884 (Shah)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum abg ismail, mohon,sya mim dri bgan serai/taiping/perak... Disni sy ingin memita sedikit tips nsihat dri abg ismail diatas budi bicara dn Pahala perkongsian ilmu ALLAH Ini .. Sy brminat dgn cara & prkongsian iklaas abg ismail tentang mtrnnak udang galah.. Mcm mn cranya sy nk memulakn projek sperti brikut.. Ap yg perlu sy ketahui dhulu sbelum mulaaknknya.. Apakn asas2 utama yg patut sy buat.. Di Sni tmpt sy tgal ad yg sy nmpak ad stu kesempurnaan utk kes ini sprti maklum kmi mempunyai sebatng anak sungai (sungai semang) yg brhubung dgn sungai bsar /sungai utama (sungai kerian) jd sy prndapt jika sy ingin mlasakn projek sperti yg abg ismail konsikn.. Harap di bri tunjuk ajar. Trima ksih dri sya... Amim ismail

    ReplyDelete
  18. nak ternak udang boleh pakai canvas tak?
    rojer2 pendapat sikit

    ReplyDelete